CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

KISAH SEDIH DI HUJUNG MINGGU

Alkisah suatu ketika dulu zaman kanak kanak riang. Ade sekumpulan budak2 nakal yang membesar sama sama. Kita namakan mereka A,B,C,D, dan E. Mereka kerap juga menghabiskan masa sama sama. Keluar sama sama. Pergi sembahyang jumaat sama sama. Hisap rokok sama sama. mengorat sama sama. Nak dijadikan cerita, setelah habis SPM. A,B, C dan D berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading. Mereka pun keluar lah ke menara gading masing masing untuk mendapatkan segulung ijazah. E mencari jalan hidupnye yang sendiri. Akur dengan keslowan nya dalam pelajaran, E mencuba untuk menyertai tentera. E juga keluar dari kawasan perlepakan mereka dan merantau jauh. Sejak dari itu, ABCDE semakin kurang menghabiskan masa bersama sama terutamanya E yang duduk jauh dan selalu sibuk.

Setelah tamat pengajian, A telah membuka sebuah syarikat mengambil gambar di IPTA nya. Die merekrut BC dan D untuk bekerja sama dengannya.Mereka pun kembali rapat dan bekerjasama dengan riang seriang riangnya. Mereka bertungkus lumus bekerja untuk menaikkan syarikat mereka. Syarikat mereka sangat maju dengan jumlah pelanggan yang maha hebat. Atas kerajinan mereka itu, A membawa mereka melancong ke luar negara. Mereka semua riang gembira melancong bersama sama. E cume melihat dari jauh dengan harapan dapatlah die barang key chain buat menggantikan kesedihan kerana tidak diperlawa. Haram, tiada key chain untuk E.

Sesekali apabila pulang bercuti E akan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan ABCD. Satu malam, sewaktu bertemu mereka, E dengan bergurau meminta jasa baik mereka untuk merakamkan gambar di hari persandingannya nanti dengan bayaran yang ala kadar, sebagai hadiah perkahwinan dari kawan. Die digelak teruk oleh mereka , ABC dan D mengatakan yang mereka mempunyai standard tersendiri. Bayaran mereka adalah tinggi sejajar dengan profesionalisme mereka. E tergelak di mulut tapi terguris dihati. Tak mengapa, mungkin mereka bergurau.

E semakin jarang bertemu ABCD selepas kejadian itu. Terasa hatinya menjadik jadik. Setelah beberapa lama berbulan bulan selepas itu. E mendengar gosip gosip mengatakan syarikat itu telah berakhir. Mereka mengalami masalah. Kucar kacir jadinya. E hanya melihat dari jauh keretakan ABC dan D. Nak ditegur salah, tak ditegur pun salah. E mengambil keputusan hanya untuk melihat. Disaksikannya keruntuhan satu ikatan.

Setelah bertahun lamanya ABCDE bersahabat, kutuk mengutuk, pinjam meminjam, pow mengepow. Akhirnya mereka membawa haluan masing masing. Tiada lagi nostalgia lama untuk dikenang bersama. Semua hanya kerana sedikit salah faham. yang mungkin jika dibincangkan bersama boleh diselesaikan. Sehingga hari ini , E masih berharap yang suatu masa nanti mereka boleh duduk lepak bersama sama bergelak ketawa sambil kutuk mengutuk seperti dulu.

P/s: E paling kuat kutuk orang.


(bacolah laie...)

CUBA AMBIL FEELING DULU

Pukul 6 setengah pagi jebon dah bangun untuk bersiap pergi kerja. Di lurutkannya kain pelekat kusam yang memang dipakai untuk tidur dari zaman dia sekolah asrama dulu, dan digantikan dengan kain sal warna merah gambar Mickey Mouse. Kalau dari jauh memang orang ingat kain sal lambang MU. Dicapainya satu beg berisi pek mandian lengkapnya sambil melangkah ke tandas yang terletak beberapa batuk dari biliknya. Kedinginan bayu pagi menusuk ke tubuh jebon. Sambil ke tandas jebon bersiul siul kecil , mungkin untuk menghilangkan rasa takut atau mungkin untuk mendapatkan feel nak kencing.

Pagi itu semua orang tak bangun lagi, jebon memulakan dengan memberus gigi, seluruh celah gigi digosoknya. 3 minit adalah minima untuk jebon memberus gigi. Pernah sekali tu jebon terselit daging kat gigi, hampir 15 minit die sental. Jebon cukup teliti. Setelah berpuas hati dia akan membasuh mukanya dengan pencuci muka, dicuci semula dan kali ini disapukan dengan shave foam. Di cukur nya setiap helaian bulu dimukanya agar licin. Jangan harap ade bulu yang nak lepas dengan cukuran gillete turbo jebon. Jebon rasa lebih yakin selepas bercukur.

Fasa satu sudah selesai, jebon masuk ke bilik mandi untuk fasa dua. Dijirusnya perlahan mulai kaki kemudian berganjak ke lutut dan kemudian ke pinggang. Apabila dirasakan kesejukan mulai sebati, jebon lantas menjirus ke belakang badan dan kemudian ke kepala. Petua ni jebon amalkan supaya badannya tidak terkejut sekiranya terus dijirus air sejuk. Disapukan pula dengan shampoo anti ketombe ke seluruh kepalanya. Buih shampoo memutih ke atas kepalanya, ditepek tepek, digaru garu seluruh kepalanya agar hilang segala ketombe. Badannya kemudian dilumur dengan sabun lux seperti erra fazira dalam iklan. Jebon menyanyi nyanyi kecil lagu Asyik dendangan amelina. Asyik, asyik asyik nya bercinta..

Selasai fasa dua, Jebon mengelap seluruh badannya kering kering sebelum melangkah keluar. Dia takut sejuk. Sampai dibilik jebon mula memakai bedak, deodorant dan kemudianya memakai uniform kerjanya. Dia memandang cermin sambil memuji muji ketampanan diri sendiri di hadapan cermin. Jebon menempekkan sedikit minyak rambut kemudian menyisirnya dengan sikat yang diperbuat dari tanduk kerbau. Boleh mengelakkan rambut beruban katanya. Jebon sudah siap separuh ketika itu. Hanya tinggal nak pakai seluar jer lagi.

Tiba tiba mukanya berkerut, dem....

******

Jam menunjukkan pukul 7 suku, jebon berlari lari anak membawa seketul sabun Dettol ke tandas sambil menyumpah nyumpah.


P/s: pantang betul kalo dah pakai smart smart tetibe nak terber*k plak.


(bacolah laie...)

PHOTOSHOP MEMANG BEST

Mood ala ala Filem hindustan




Water Colour effect


Aku jadi kurang produktif nak post sekarang. Layan Photoshop lagi best. sape nak tutorial best msg aku. nanti aku email. best siut.


(bacolah laie...)

AKU MAHU JADI PETANI MODEN

Bila pagi je, jam loceng bentuk ayam aku akan berbunyik, berkokok memekak. Aku akan bangun dengan malas untuk ke bilik air. Sebelum tu aku akan berjuang behempas pulas untuk memujuk diri sendiri agar bangun bersiap untuk ke tempat kerja. Aku tak boleh lambat, nanti dilabel tak berdisiplin, tahukah kamu betapa sukarnya ingin membentuk disiplin? Sudah hampir suku abad aku macam tu. Setiap kali jadi macam tulah aku rasa macam nak tukar profesion.

Aku rasa aku nak jadi Petani lah, Petani moden. Aku rasa diorang ni cool. Diorang ni ikut rasmi padi, tunduk tunduk berisi. Tanah atuk ade lah 4, 5 ekar, kalo aku mintak nak usahakan mesti die bagi punye. Dengan pakcik makcik aku mesti boleh slow talk. Aku bagi la diorang skit komisyen. Mesti diorang nak, daripada biarkan tanah tu dengan pokok getah tua, upah cina g motong, pastu kene bahagi due ngan cine tu. Elok rasenye aku yang usahakan.

Aku nak tanam cili dalam due ekar, tanam bawang 2 ekar dan lagi seekar tu nak bela ayam daging skit. Senang kalo orang kampung nak buat kerja kahwin, amik kat aku jer. Kalo kat area ni sebulan dua kali orang kahwin, sekali orang kawin beli 30,40 ekor. kalo dah beribu kali tak ke masyuk tuh? Cili ngan bawang plak mesti tanam cara fertilasi, jimat ruang , terjamin bersih halal dan toyibba, boleh masuk halal hub. Aku akan pastikan baja yang digunakan halal dan tiada unsur unsur yang meragukan.

Dah jadi tokey mesti aku boleh bangun pagi ikut suka aku, aku bajet memula ni nak bangun awal skit dalam kul 9 la, x macam sekarang, kul 0730 pagi dah kene ade kat tempat kerja, kul 9 bangun mandi lebih kurang, ah bukan ade siti nurhaliza pun dalam ladang, tak mandi pun orang tak amik port. Lepas mandi sarung seluar celoreng ngan kemeja lusuh lengan panjang tanak kasi nyamuk gigit pastu pakai topi polis hutan sarung selipar jopun. Start moto honda cup pastu terus ke kedai kopi tepi simpang. Layan dulu mee goreng ngan telur mata goyang kopi 'o' Fuh memang menengking.

Lepak sedas due, isap rokok dulu sepam pastu baru gerak g ladang. Aku bajet skill motorcross aku akan improve sebab jalan nak masuk ladang tu memang mencabar skit. Pepagi aku akan ajak pekerja ladang aku senaman regangan skit skit dulu bagi mencergaskan mereka. Aku nak mereka jadi produktif. Lepas senam aku akan bagi briefing tentang ape nak buat hari tu. Aku akan cube terangkan sampai diorang paham, tapi for sure la aku kene pastikan nepal2 ni paham bahasa melayu dulu. Aku ajar la pelan pelan.

Waktu nak memetik hasil nanti, aku ingat nak buat majlis skit r. Nak ajak ADUN sini buat potong reben. Kasi die potong reben menandakan musim menuai bagi ladang aku. Time tu mesti ade orang surat kabar datang. Peh, masuk paper la aku. Mesti kene dressing smart punye. Xkan nak pakai macam biasa masuk ladang. Koman koman aku mesti pakai kemeja berseluar slack. Xper itu boleh ejaz, bawah umah atuk banyak baju lama. Kalo dah masuk paper sah la perusahaan aku dapat marketing free. Sume orang mesti berebut rebut nak dapatkan produk aku. Aku plak kene la melipat gandakan tanaman aku agar dpat memenuhi permintaan yang hangat di masa itu. Aku akan memperbesarkan lagi ladang dengan membeli tanah org2 kampung yang nak pergi haji. Sure jual murah time tu.

Dah ade duit skit boleh la aku beli storm buat pergi ladang, baru ada gaya koperat nak masuk ladang. Awek awek kampung mesti tak tenang kalo tengok aku melintas. Aku akan jadi buah mulut makcik2 dan pakcik2 yang ade anak dara, semua mahukan aku sebagai menantu mereka. Waktu tu aku hanya mampu tersenyum. He he he.

Pukul berapa dah ni?
0720H

Cilakak, Berangan lagi. Pagi tu aku sempat ke pejabat dengan mandi ala kadar.


(bacolah laie...)

AMACAM? ADE BERAN?

BAHASA

NOGOGHI

MAKSUD

Angek

Panas

Angka

Suhu badan seperti hendak demam

Baeh

Baling

Bajau

Tidak tinggal setempat

Baju prat

t-shirt

Becompogho

Mandi dengan suka ria

Bedobau

Bunyi jatuh dalam air

Beggar

Degil yang amat sangat

Begolek

Kenduri kahwin besar-besaran

Bejo’oh

Buat kerja ramai-ramai dengan suka ria

Bejoman

Menunggu untuk tempoh yang lama

Bekelelong

Sakit yang amat sangat

Bekuak

Mengarahkan orang supaya ke tepi

Belengkar

Tidur merata-rata

Belolah

Berkejar

Betandak

Berjoget

Beweh

Jambu batu

Biak locah

Lopak air

Bincau

Kecoh sambil marah

Bincut

Bengkak kecil

Binga

Pekak

Bintat

Bekas gigitan serangga

Bobok

Menekan atau memasukkan dalam air (orang)

Boda

Pukul

Boko

Bekalan menyembah (bagi org baru kahwin)

Boleng

Tidak memakai baju

Bolo

Membersihkan haiwan selepas disembelih

Bonda

Parit, tali air

Bongka

Bangun

Bungkeh

Tercabut

Bungko

Bodoh

Cangap

Cabang pada hujung galah

Capar

Selipar

Cekadak

Ragam

Celait

Lampu suluh

Cemat

Rotan

Cembeng

Seperti nak menangis

Ceme

Bintil pada mata / sebelah mata jadi kecil

Ceneke

Menipu

Cengkot

Menahan sejuk

Cengkuit

Pengikut

Cibir

Menjelir lidah

Cogheng

Comot

Coghoh

Lumat

Cokau

Tangkap

Cucut

Sedut

Dengket

Cetek

Dengkot

Terhincut-hincut

Eden, ese

Saya

Eleh

Manja

Entaher

Mengiyakan sesuatu

Gaduh

Risau

Gaha

Sental

Gahai

Rosak

Gewai

Hayun

Ghembat

Bergaduh / baling sesuatu ke dinding

Ghobeh

Hujan renyai-renyai

Ghoman

Raut wajah

Godang

Besar

Godek

Kacau air

Gombeh

Mengada-ngada yang keterlaluan

Gombong

Sakit perut kerana masuk angin

Gonyam

Gatal

Hobin

Bantai, hentam

Hongeh, mongah

Penat

Jingang, tebeleghan

Hairan, terpinga-pinga

Jobo

Berlagak

Joghan

Serik

Joghih

Kerja yang sia-sia

Jokin

Teramat yakin

Jongkeh

Ketawa bagai nak rak / terkena kejutan elektrik

Kainsal

Tuala

Kame

Bancuh, uli

Kawan

Suami / isteri

Kecoloan

Terlampau malu

Kelayak

Diterbangkan angin

Kememe, benye

Mudah menangis

Ketulahan

Badi

Kilit

Kelecek bola

Kobok

Ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihat

Komeh

Menghabiskan nasi atau lauk

Kontong

Jari pendek / tiada jari

Kopai

Beg

Kopam

Hitam, kotor

Koting

Betis

Kudap, meghosit

Makan

Kuti

Cubit

Laghah

Buruk

Lecok

Coret

Lelan

Leka

Leweh

Lemah

Lobong, gompong

Berlubang

Locun

Basah kuyup

Locut

Baling

Logar

Menghantukkan sesuatu ke tahap kritikal

Logat

Menangis tak henti-henti

Logeh

Hantuk

Longot

Amat hitam, kotor

Losang

Sengat

Lotong

Kotor

Lueh

Muntah / besar

Lukuih

Basah dek peluh

Lunggah

Langgar

Lutap

Luku

Mada

Sial / bodoh

Melahu

Merayau

Melampuh

Terlampau banyak

Melancur

Cirit-birit

Melangok

Melepak

Melansit, membuto

Tidur

Melesa

Kain yang labuh hingga cecah lantai

Membese

Kencing

Mempulun

Jatuh

Mencalat, membughan

Buang air besar

Mencamek

Benci sabgat

Menceghabih

Cakap tanpa henti / merepek

Mencieh-cieh

Titisan peluh yang mengalir

Mencokik

Makan banyak

Mencolongo

Harum

Mencucut

Menyedut

Mendahagi

Susah untuk diajak membuat sesuatu

Mendosup, mencanak

Lari lintang pukang

Menebeng

Duduk di tepi tembok

Meneneng

Sakit, berdenyut

Mengelintau

Mencari sesuatu dengan perasaan cemas

Mengese, mengendeng

Mengasak

Mengicak

Meminta-minta

Mengoca

Menangkap ikan

Mengonye

Mengunyah sesuatu

Mengumba

Patah balik

Menguncah

Mengacau

Menonoi

Bernanah dan amat sakit

Menonong

Berjalan pantas tanpa toleh kiri kanan

Mentedaghah

Makan yang tiada batasannya

Mentegheh

Perut haiwan kekenyangan

Menteneng

Budak kekenyangan

Mentesok

Lusa

Menugheh

Tahu

Menyeleme

Menyelongkar

Menyopak

Makan berbunyi

Mogun

Termenung

Okap

Tamak

Oma

Buah yang hendak busuk

Ompuk

Kepunyaan / telah menjadi lembut

Ongap

Nafas

Ontok

Diam

Pait

Tak mahu

Pedulik ajab

Tidak mengambil endah lagi

Peloso

Pemalas

Pemongak

Penipu

Pencolek angek

Punca

Pengka

Kekok

Pengolan

Galah

Pikap

Cekap menangkap sesuatu perkara

Piuh

Pintal

Pocek

Komen

Poghak

Kebun kecil

Poghan

Para

Poghat

Bau yang amat kuat

Polak

Panas / jemu

Ponggit

Mengada-ngada

Ponggur

Bakar hingga rentung

Posok

Berlubang

Pugeh

Main hentam

Sede

Lalai

Selemo

Selsema

Selumak

Comot

Semonggah

Senonoh

Sempong

Tidak lurus

Senayan

Isnin

Senegheh

Senonoh

Sengkalan

Lesung batu

Sengkelet

Pukul

Sitap

Sepet

Sobu

Sakit perut, senak

Songeh

Ragam

Sosah

Pukul

Sotai

Kertas yang hampir hancur

Sugi

Sental

Taek

Sedap

Taghah

Toreh

Tang air

Sungai

Tebaghai

Berterabur

Tebelahak

Muntah

Tebok

Ditanduk kerbau

Tejeluek

Termuntah

Tekighap

Tumpah

Tenok

Tanduk

Tesunam

Tersungkur

Tibai

Pukul / curi

Tiruk

Terjun sungai

Tobek

Paya

Toboh

Tempat

Toghan

Meneran

Tolo

Tuala

Tongkar

Degil

Tungka

Pokok tumbang

Tungkun

Kayu untuk hidupkan api

Tuntung

Memasukkan air dalam bekas

Unggui

Lama menanti sesuatu



Amacam, ko nak cubo tak?


(bacolah laie...)

SUKU ABAD PERTAMA SAYA

Beberapa hari yang lepas, aku telah mencapai satu tahun lagi dalam hidup, menjadikan aku berumur suku abad. 25 tahun yang pertama dalam hidup aku, banyak wish yang aku terima dari saudara mara dan sahabat handai. Terima kasih aku ucapkan sebab ade juga yang ingat kat aku. Aku bersyukur sebab suku abad pertama dalam hidup aku berjalan dengan boleh la dikatakan lancar. Aku takde la menyambut suku abad pertama ni di dalam jel atau pusat serenti. Yang mana aku tak nak langsung.
Sekarang nak dikatakan berjaya, aku belum mampu lah nak pakai kete BMW ke Lexus ke, tapi setakat ni kalo tergerak hati nak makan McD, dapat la jugak, kalo rase nak pergi tengok wayang pun boleh, nak pergi jejalan ngan member2 pun boleh. Buat mase ni aku tak rase yang aku perlu duit berjuta untuk mengembirakan aku, cukuplah dengan apa yang aku ada ni. Aku sedar dengan berlatar belakangkan cucu seorang nelayan dan anak kepada seorang anggota polis tak membisakan aku untuk mempunyai akaun bank yang berjuta ringgit. Kehidupan aku sekarang sudah cukup selesa untuk aku dan orang yang bakal hidup dengan aku nanti.

Secara amnya, suku abad pertama aku berjalan dengan baik. Kali ni aku nak kongsi sikit sejarah lama aku. mana tau ade orang kat luar sana pernah jadi member ngan aku atau pernah kenal aku, harap boleh kontek aku balik. Aku lahir di hospital besar melaka pada tahun 1984. Sejak dari tu aku berulang alik dari alor gajah (rumah atuk ) ke muar (rumah ayah). Bapak aku seorang Polis Hutan, bila die pergi operasi jer, aku dan mak akan balik ke Bukit Bulat. Ia kekal begitu sehingga la pada tahun 1988 ayah bertukar ke kuala lumpur.

Bermula 1988, kami sekeluarga berpindah ke flat pekeliling jalan tun razak, blok D144.(kalo nak tau mcm mana rumahnye tgk lah video clip hujan bila aku sudah tiada, diorang shooting kat situ) Berhadapan dengan Terminal bas pekeliling. Kawasan itu adalah kawasan hitam. Banyak gak orang hitam kat situ. Pertama kali aku datang KL aku terkejut tengok rumah macam tu, ye la kat kampung rumah sebijik sebijik, sini
nala punye rumah, tinggi 16 tingkat pastu ade lebih kurang 30 pintu setiap tingkat, ramai gile jiran aku.

Aku start tadika di tadika perpaduan di pekeliling, pergi sekolah pakai seluar pendek biru, situlah aku start belajar...menyanyi dan makan beramai ramai, tadika itu sungguh sekular, xde ajar mengaji pun , baca doa makan pun bahasa melayu, ape da.
Cikgu garang plak tu, die x ngam ngan mak aku, mak aku selalu pergi sekolah sound cikgu, yela sape suruh die cubit aku sampai lebam, memang la aku nakal, bukan pe pun takat makan bekal member jerk. Sebab mak aku pernah sound cikgu tu, aku selalu di pandang sinis oleh guru2, aku syak diorang mengumpat aku setiap kali aku tengah menyanyi lagu ABC, aku nampak mata diorang jeling2 aku. Start dari tu lah aku x berape suke sangat bende2 sekolah ni.

Tahun 1991 aku start sekolah kat Sek Ren Jalan Temerloh, kat area titiwangsa, aku rasa sekarang dah takde dah sekolah tu, die jadi pusat kokurikulum. Betul betul sebelah Taman Tasik Titiwangsa. Malaysia sekular lagi mase tu, aku pakai short jer pergi sekolah. Malas sebenarnya nak bangun pepagi pergi sekolah. Pastu kene tunggu bas Uncle, aku kekadang saje jer buat bangun lambat akal xnak g sekolah, tapi Uncle ni baik hati selalu tunggu aku, dem.

Darjah satu aku masuk kelas satu cempaka, ramai kawan kawan mase tuh, sesape yang darjah satu cempaka SRKJTKL leh msg aku yer. Aku sekolah kat situ sampai darjah 5 sebelum aku pindah ke AU3 keramat pada 1995. Zaman persekolahan kat SRKJTKL sangan banyak cabaran, pergi sekolah tu biase la kalo penagih dadah tegur pepagi, ''sekolah bebaik dik, jangan jadi macam abang''. Aku terima nashihat murni si penagih tu. Kalo pepetang tu aku teman member2 yang ponteng sekolah agama pergi Yaohan, jalan ikut menyusuri sungai Gombak. Lalu bawah jambatan dimana memang Port penting penagih tegar, aku tengok sendiri diorang rilek je tidur sebelah taik kering, jarum bersepah, tapi diorang cool jek..Kalo hujan tu abis semua masuk sg Gombak, hehe, takat mati lemas tu perkara biasa la.

Sewaktu zaman kanak kanak aku, time cuti sekolah jer mak aku hantar aku balik kg, die suh aku belajar kerja kg, senang sok kalo dapat bapak mentua orang kg, xde lah malu sangat kerje kg xtau buat, berpandangan jauh mak aku nih, sebenarnya dia takut aku join ngan bebudak sini, yang tak beberapa senonoh perangainye. Dok kampung aku banyak bermain ngan alam sekitar, bile balik KL aku akan bereksprementasi. Setiap kali hujan, air sg gombak akan naik, dan ia akan surut semula selepas hujan, aku ngan kawan baik aku ejoi, akan pergi ke tepi sg selepas hujan untuk mengutip ikan DBKL@bandaraya, ala ikan yang ko buat bersih kolam tu, ikan kat sg ni besar besar lengan bapak aku, maybe nutrisi dari tahi penagih menyebabkan ikan ni bermutasi kot. Aku kutip ikan tu pastu lempar ke tengah jalan raya, masa tu kereta kat jalan memang banyak, aku mendapati ikan bandaraya kat sungai ni sangat kuat, walau digilis die tetap kembali kepada bentuk asal, ikan tilapia pulak akan terus leper. Aku mengharapkan anugerah nobel bagi penemuan ini, tapi ade sekali tu jiran aku mengadu kat mak aku , tali pingang yang dapat, leceh la jiran ramai sangat ni.

Flat 16 tingkat aku nih memang spot utama orang bunuh diri, maybe sinilah tempat yang paling tinggi mase tu kat KL kot. 3,4 bulan sekali mesti ade yang lompat dari tingkat 16.yang best tu, lepas orang bunuh diri jer mak aku mesti ajak pergi tidor rumah sedara, best la x yah g sekolah. hehehe. Kan best hari hari orang bunuh diri, tapi sian plak aku tengok makcik rumah bawah tu, sepanjang aku dok situ dekat 3 kali jugak lah orang yang mati tu otak bersepai depan rumah die, penat die cuci lantai.

To be Cont....


(bacolah laie...)

AKHIRNYA MERASA JUGA NAK NAIK KETE MAHAL


(bacolah laie...)

BENDE PALING SYOK DALAM DUNIA

1. Orang belanja makan.
2. Kutuk orang tapi dia tak balas balik.
3. Naik basikal turun bukit tak payah kayuh.

ade lagi best ke?
ade.....

dapat ban ban tiga kali berturut



Priceless


(bacolah laie...)

JAMBAN YANG PALING SEKSA SEKALI NAK GUNA DALAM DUNIA


Kajian Terperinci Tandas Kapal


Tarikh Lahir : 1960 an.

Tarikh Tamat Perkhidmatan : 2005 ( dipindah milik ke APMM)

Lebar : Setengah Depa.

Panjang : Kalo duduk angkat kedua dua tangan , hujung jari akan mencecah pintu.

Kelemahan : Ruang yang Sempit dan garis pusat graviti yang rendah, kalo orang tinggi mesti lutut cecah telinga. Nak hisap rokok pun x feel sebab asap akan penuh macam jerebu.

Kelebihan : Kecil mudah dibersihkan, tak perlu pakai pewangi yang banyak nak kasi wangi. Orang jarang duduk lama lama 5 min dah setel. Ade pemegang kat tepi, kalo kapal goyang jangan risau.

Tahap seksa : 3 bintang.

Sebab : Kalo tangan tengah sakit - sakit ke lenguh - lenguh ke, mesti terseksa jiwa dan raga. Ada satu kali tu muscle naik berketul ketul baru setel. Kalo berak keras lagi penat nak pam. Lagi satu tak sesuai nak membuang hajat kalo time cuaca buruk, kompom muntah hijau dalam tu.

Cara Guna : Pam adalah objek disebelah kanan gambar, setelah selesai jiruskan air secukup rasa dan pam seperti pam basikal , ia akan disedut ke dalam dengan bunyi sruup, sruup. Hasil anda akan dihancurkan dan terus di pam keluar kapal.
p/s : Ko ingat seronok dok kapal?


(bacolah laie...)

BAU BAU BAU MU BAU ASEM

Turun je dari kereta Balbir berlari lari anak menuju ke atas, bilik Pilah di tingkat 3. Sepanjang kursus Navigasi, Balbir menumpang di bilik Pilah. Balbir tiada bilik di Mess Lumut. Unit asalnya di Kuala Lumpur. Beg Deuter ACT LITE 60 nye dipegang kuat, tali beg itu puas dipintal pintal dari Setiawan ke Lumut. Pesan Opah Balbir ikut,
''Pintal pintal tali terpintal tahi aku''
Balbir mengulang ngulang ayat tu bagi mengurangkan rasa nak terberaknya tetapi dirasakan gagal. Hujung yang keras itu dirasakan mencucuk cucuk. Peluh mencurah curah. Balbir sampai ke tingkat 3.

Pintu bilik Pilah terbuka luas, kelihatan Pilah dan Pejal sedang bermain Winning Eleven di PS2.
''Eh dah sampai dah kau? , kate sampai malam"
Pilah menegur sambil tangannya tidak lepas membawa bola.
''Aku speed tadi, ade hal skit bro''
Jawab Balbir. Pejal terus dengan konsentrasi 100%. Kehadiran Balbir sedikit pun tidak mengganggunya, Pejal memang seorang gamers sejati, alangkah baiknya jika konsentrasi begini yang ditunjukkan semasa mengambil SPM dulu.

Beg Balbir lempar ke atas katil.
''alamak towel aku tinggal kat kete la, pinjam towel ko Pilah''
kata Balbir sambil menanggalkan baju dan seluar hingga tinggal seluar dalam RENOMA warna oren, kaler kegemaran Balbir.
''Amik lah kat tepi tu''
Pilah jawab acuh tak acuh dengan muncung menghala belakang pintu.

Balbir pusing dan mencapai towel putih bersangkut di belakang pintu. Dalam kepalahotak dia tak pikir paper lagi dah, die berlari menuju toilet yang terletak dalam sepuluh langkah, sambil berlari tangan kiri memegang seketul sabun dettol, sebelah lagi memegang kemas ikatan kain Sal nya.

Balbir meneruskan Hajatnya.

Selesai.

Balbir dengan muka puasnya bersiul kecil tanda lega. Dia merasakan badannya melekit, di tolaknya pintu bilik mandi lantas membuka pancuran air. Sambil mandi Balbir menggosok seluruh badan gaya Erra Fazira dalam iklan Lux.
''Asyik , asyik , asyik. asyik , asyik nya bercinta''
Seronok betul Balbir dapat mandi, hilang segala tensen menahan berak tadi.

Balbir mengelap ngelap badan sebelum keluar tandas. Sampai di bilik Pilah, Balbir dengan keadaan separuh telanjang mengelap lagi badan, diusapnya kali ini perlahan sekeliling badan sehingga kering. Balbir kemudiannya mengusap kain sal ke mukanya.
''Huh sial !!! Busuk !!!''

Balbir menjerit gaya Hulk Hogan sebelum mula nak lawan, sambil mencampakkan towel tu ke lantai. Mukanya berkerut kerut menahan marah.
'' Yang kau dah tau pakai towel aku kau pergi sapu muka sapa suruh? padan la muka kau"

Pejal yang kompius mempausekan kejap game lalu bertanya
'' asal Pilah? kain sal tu tadi sapu lantai ke? Bau busuk ke? bau ape? ''
'' Bau Ju**r!!''

Kata Balbir sambil berjalan laju ke tandas , kedua dua pasang mata terpaku pada towel putih di lantai, kelihatan tompok tompok cokelat diatasnya.

'' Ko kejam Pilah, ko kejam "

Pejal menyambung semula permainannya.




(bacolah laie...)